korg penah buat kuih siput tak? aku x penah, tapi kali ni first time aku try. buat utk raya kononnya nokk. kahkahkah. ni gara2 penat tanam anggur kt rumah la ni aku jadi rajin nk buat kuih siput la sedut ni.. rajin la sgt... cesssss.
so today i would like to share the recipe here.. haptuihh speaking london pulakss. kikiki. jgn cerca.
kuih siput seduttt
Bahan2 ( utk muat 1 balang kecik):
- 300g tepung gandum
- 110g marjerin (cairkan guna kaedah double boiler)
- 4 tangkai daun kari (utk diguna masa menggoreng)
- 2 tangkai daun kari (kisar kasar)
- 1 sudu besar serbuk kari daging
- 1 sudu besar serbuk cili
- 1 sudu kecik serbuk jintan manis
- 7.5g udang kering (goreng dan kisar)
- 2 ulas bawang putih (goreng dan kisar)
- 1 biji telur
- air secukupnya
- garam secukupnya
Cara2:
1. Cairkan marjerin guna kaedah double boiler. Lepastu biarkan ia sejuk sat. ketepikan.
2. Gaul tepung dgn serbuk kari, serbuk cili, serbuk jintan manis dan garam
3. Gaul campuran tepung tadi dgn marjerin yg dh dicairkan td. bagi mereka sebati
4. Kisar udang kering + bawang putih yg dh digoreng (masa goreng tu ltk sikit marjerin pn xpa, dak pun goreng tanpa minyak). kisar juga sekali dgn daun kari.
5. Masukkan bahan kisar ni dalam adunan tepung yg dh disebatikan tadi, Gaul bg sebati.
6. Masukkan telur sebijik dalam adunan itu. Gaul rata.
7. Masukkan air sedikit demi sedikit sambil uli adunan tepung itu, bila tepung dh tak melekat pada tangan maknanya adunan tadi dh cukup perfect diuli dan sebati.
8. Gentel adunan yg dh diuli tu kecik2 bg jadi bentuk kuih siput menggunakan alat pencetak khas utk buat kuih siput.
9. Goreng kuih siput bersama daun kari. sejat minyak.
1. goreng udang kering, bawang putih. kisar sekali dgn daun kari.
2. cairkan marjerin
3.gaul tepung dgn bhn2 yg lain
4. uli tepung
5. gentel kuih siput
goreng kuih siput sekali dgn daun kari
haa muat satu balang saiz ni.
kalau nk mkn kuih siput ni kena la mai raya rumah aku tahun ni. kakaka. limited edition ja ni.
adioss.
krik krik krik.. senyap je blog ni. hahah :P
ReplyDelete