Tuesday, June 30, 2015

Resepi popia nestum

Assalamualaikum. :)

Popia nestum adalah satu hidangan yg sgt sedap terutamanya time hari raya.. iols memg suka.. haa. nk buat popia nestum ni pun senang saja. rasanya semua org reti buat kot.. so sesaje la nk share jgk resepi mcm mana nk buat popia nestum tu. (tp aku pnya popia nestum versi org mls..kikiki)

popia nestum versi pemalas.. 
sbb apa pemalas? ha sbb mls nk gulung, main gunting kecik2 ja. haha



Bahan2:

- kulit popia (kuantiti atas masing2 nak buat byk mana)
- 1/2 cup susu tepung Dutch lady ke ape ke (boleh adjust sendiri)
- 1/2 cup gula pasir (adjust ikut tahap kemanisan masing2)- blend halus
- 1 cup nestum (blend halus)
- 1 sudu besar tepung gandum + sedikit air (utk buat gam) - ni guna kalau buat popia versi gulung bkn versi pemalas mcm aku
- minyak utk menggoreng


Cara2:

1. Kalau versi pemalas mcm aku, gunting je kulit popia tu bentuk 4 segi kecik2 mcm gmbr kt atas tu. kalau rajin sikit, gulung la kulit popia tu dulu pastu gunting menyerong ke menegak ke. (kalau buat versi gulung kena gamkan kt hujung tu guna bancuhan tepung gandum ok, kang masa goreng terbuka plak gulungan nya)

2. Goreng kulit popia td tu smpai kekuningan. Angkat dan toskan. Biarkan mereka sejuk sedikit.

3. Gaul sebati dgn penuh kasih syg susu tepung + gula + nestum tu.

4. Curahkan atas kulit popia yg dh digoreng td dan gaul bagi sebati.

5. Buka mulut dan ngappp.. kriukk kriukk sedapnyaaa.

Ok tu je. terpulang atas diri memasing nk buat popia nestum versi pemalas ke versi rajin. Kalau buat mcm aku, haa kantoi la korg pemalas mcm aku.. opppss.. hihihi.

haa. kalau nk lg sedap, tambah lah horlick ho ho ho..

Monday, June 29, 2015

Resepi wantan chicken ball guna kulit popia

Assalamualaikum. :)

Harini nk share resepi yg sgt2 la simple and senang and confirm semua org boleh buat.
haa korg penah je kan makan wantan? haa wantan ni selalu org buat guna kulit wantan tpi boleh je jgk guna kulit popia. cm sama jer. hihi.. kali ni aku buat wantan ni berintikan bebola ayam je. senang sgt.

wantan chicken ball
kecik dan comel je. haha


Bahan2:

- kulit popia 
- bebola ayam (rebus dulu)
- tepung gandum
- air

4 bahan je. kikiki.


Cara2:

1. Gunting kulit popia kpd 4 bahagian
2. Letak chicken ball atas kulit popia tu
3. Bancuh tepung gandum dgn air utk dijadikan gam
4. Sapukan bancuhan tepung gandum tu di sekeliling kulit popia tu
5. Bungkuskan dia ala2 mcm bunjut tu. haha. (refer gmbr)
6. Goreng smpai masak.



haa. potong kulit popia kpd 4 bahagian mcm ni. pastu letak chicken ball tgh2 tu.
pastu gam sekeliling guna bancuhan tepung gandum


bungkus mcm ni la..pastu goreng jer.

pas goreng, ngap la. kikiki. haa kan gua dh ckp memg senang resepi ni.



Resepi ketam masak lemak cili api

Assalamulaikum. :)



Korg suka tak makan ketam masak lemak cili api? sebenarnya aku kureng sikit la mkn ketam masakan ni. selalunya aku suka mkn ketam masak sambal telur ataupun masak kicap. haha. rare sikit aku ni. Mkn memilih sikit. So, ni sajalah aku buat masak lemak cili api sbb family aku mkn. sokmo aku mkn masak lemak cili api ni dgn ayam atau daging jer. Tak penah plak mkn dgn ketam.. kikiki.

So sesaje la bosan2 nk nk share resepi. jgn maree.

Bahan2:

- ketam 5-6 ekor
- bawang besar 1-2 biji *
- bawang putih 4 ulas *
- kunyit hidup seinci *
- cili api 10 biji (adjust ikut tahap kepedasan masing) *
- serai 2 batang (diketuk)
- belacan secubit *
- serbuk pati ayam sesudu
- ubi kentang (dibelah)
- santan semagkuk besar
- sekeping asam keping
- gula dan garam

>> blend bahan bertanda *

Cara2:

1. Panaskan minyak, tumis bahan yg dh diblend tadi bersama serai yg dh diketuk. (+ air jika perlu)
2. Masukkan ubi kentang. Biar empuk. Masak bahan2 tadi selama 5-10 minit.
3. Masukkan serbuk pati ayam
4. Masukkan santan dan asam keping. (kacau2. jgn biar santan jadi berketul)
5. Masukkan ketam. Biar ketam masak dlm 5-7 minit. (ketam mcm udang jgk, x perlu masak lama2)
6. Masukkan gula dan garam secukupnya
7. Tutup api


step 1-2. Tumis


ni masa ketam dgn santan dh dimasukkan.


haaa. tu ja nk share. btw, aku tetap x suka mkn ketam masak lemak cili api. haha


Thursday, June 25, 2015

Resepi ketam goreng sambal cili bertelur ayam.

Assalamualaikum. :)

Amboi panjang benor nama resepi kali ni ye nokk. hiks! pape pun jom kita tengok mcm mana nk buat menu kali ni.. nyam nyamm sedapnya Mr.Crab!


ketam goreng sambal cili bertelur ayam. pehh. 


Bahan2:

- ketam 4-5 ekor
- cili kering 6-7 tangkai *
- bawang besar 1 biji *
- bawang putih 4-5 ulas *
- halia seinci *
- sos cili
- sos tiram
- telur ayam sebiji
- gula dan garam secukupnya

>> blend bahan bertanda *


Cara2:

1. Goreng ketam sampai agak2 dh masak tu. Angkat dan ketepikan.
2. Dalam minyak yg sama, tumis bahan yg dh diblend tadi.
3. Masukkan sos cili dan sos tiram secukupnya
4. Masukkan gula dan garam secukupnya
5. Bila dh sambal dh nk pecah minyak tu, masukkan si Mr.Crab tadi. Gaul2kan.
6. Lepas tu barulah la pecahkan telur sebiji dlm sambal ni. Kacau telur cepat2 tau nk kasi hancur sama dia. 
7. Telur pun masak, ketam pn masak, maknanya siap la utk dingappp dlm mulut tu. uuuuu.


Mr. Crab masa tgh dimasak.. uuu. tengok mata dia. yg dua ekor tu mcm nk bergaduh jer. hmm.


Tu je resepinya.. mudah kan? ala mcm sambal tumis biasa je yg korg selalu buat sambal ayam tu cuma ni tambah telur je..

Nak tahu rahsia mcm mana nk bagi makanan tu jadi sedap???
Haaa. senang je. Rahsianya cuma masaklah dengan ikhlas dan penuh kasih sayang, maka makanan tu akan jadi sedappp. kikiki. 


Wednesday, June 24, 2015

Resepi sambal ikan bilis dan kentang

Assalamualaikum. :)

Sesaje nk share resepi sambal ikan bilis dengan kentang sbb aku suka sgt sbb sedap. haha.
Nk buat makanan ni senang jer. sempoi habis gituu..

nyam nyam.


Bahan2:

- ikan bilis secukupnya
- ubi kentang 1-2 biji (hiris halus2)
- kacang tanah
- cili kering 5-6 tangkai *
- bawang besar 1- 2 biji *
- bawang putih 3-4 ulas *
- sos cili
- sos tiram
- garam dan gula secukupnya

 >>> blend bahan bertanda *

Cara2:

1. Goreng ubi kentang yg dh dihiris smpai rangup. 
2. Dalam minyak yg sama, goreng plak ikan bilis dan kacang tanah
3. Ketepikan ubi kentang dan ikan bilis yg dh digoreng
4. Kemudian, tumis bahan yg dh diblend.
5. Masukkan sos tiram dan sos cili secukupnya
6. Masukkan garam dan gula secukupnya 
7. Masak sambal smpai pecah minyak
8. Kemudian, satukan sambal dengan ikan bilis, ubi kentang dan kacang tanah yg dh digoreng tadi


Haa.. senang je kan nk buat. so, cuba la. resepi basic je ni. bdk sekolah pn boleh buat kot. hihi.


Boat noodle @ Alor Star (HLM boutique)

Assalamualaikum. :)


Ada boat noodle kt aloq staq? yes!!! ada.

dekat mana? -- ala dekat dalam HLM boutique/fantabulous skincare dekat Jalan Putra ja. bangunan depan sekolah STAR. kedai ni dekat Kompleks perniagaan LITC. ala kalau hangpa lalu kt Jln Putra tu conpem nmpk pnya. kedai dia tingkat atas kt lot2 kedai situ. signboard dia kaler pink!

Yang pastinya boat noodle sini memang HALAL ye sbb owner dia pn Islam. hik2.

haa ni dia dia punya boat noodle. 8 mangkuk makan dua org. hihi. 
murah ja semangkuk ni RM1.90. 
satu mangkuk tu boleh la 2-3 suap. ni memg style boat noodle sbb tu kena order byk mangkukss.. hihi
rasa dia memg sedapp. korg boleh tmbh cili flakes nk bg pedas sikit. ummphh sedap!


utk air plak, sini ada beberapa jenis air. x mahal pn
yg aku minum ni air coklat. memg pekat, sedap. besar kan cup dia. 
ni RM5. tp berbaloi sbb besaq sgt. haha.


korg kalau nk try makan boat noodle mai la sini. dulu aku penah try kt kl. sedap jgk tp rasa hat kt sini lg sedapp and yg pasti pastinya confirm HALAL. halal tu sgt penting ye.

utk maklumat lanjut korg boleh usya dorg pnya instagram.

ni ig dorg.
 kalau nk booking meja boleh whatsaap dorg in case ramai org kang xdak plak tmpt duduk.


Waktu operasi:
11 pagi - 8 mlm
jumaat ja tutup
bulan puasa dia bukak jgk tp waktu operasi tukar sikit la.(3pm-10pm)

Lokasi:
No 7, Ist Floor,
LITC Jalan Putra
05150 Alor Star, Kedah

cari signboard kaler pink yg tulis HLM boutique/ Fantabulous skincare


psstt: kalau tak silap aku, dorg nk bukak cawangan boat noodle 2.0 yg lg besaq. hihi


Tuesday, June 23, 2015

Resepi ikan bakar mudah dan sedap

Assalamualaikum. :)

harini aku nk share resepi ikan bakar yg sempoi tapi sedap baq hang.

dlm resepi ni aku guna ikan siakap dan ikan jenahak.. tapi bagi aku, ikan siakap lagi marbeles bila dibuat ikan bakar. siyes tak tipu..


Bahan2:

- ikan dibelah dua kemudian dilumur dengan garam & kunyitt.
- bawang 2 bijik *
- bawang putih 4-5 ulas *
- halia seinci *
- serai 2 batang (hiris) *
- cili kering 5-6 tangkai *
- sos tiram
- kiub pati ayam
- garam dan gula secukupnya


bahan2 yg perlu diblend.


Cara2: 

Perencah ikan bakar:

1. Blend semua bahan bertanda *
2. Panaskan minyak kemudian tumis semua bahan yg dh diblend
3. Masukkan sos tiram dan kiub pati ayam
4. Masukkan garam dan gula secukupnya
5. Masak sampai pecah minyak



Ni la rupa perencah ikan bakar setelah dimasak. Ala mcm sambal merah jer



Ikan bakar:

1. Lumur perencah ikan bakar yg dibuat tadi atas ikan
2. Letak ikan dalam semanggang
3. Bakar ikan guna bara arang sampai masak


Ni la rupa ikan bakar masa tgh dibakar.. uuu terliur i.


Haaa.. senang je kan. boleh la try nanti. Memang marbeles rasa dia. Lagi marbeles kalau cicah dengan air asam. 


Makan dan santai di Kopi & XOXO Bangsar

Assalamualaikum.

korang dh try makan dekat kafe milik aktress popular Nora Danish?
kalau belum, jom pegi try!! sedapp baq hang.

cafe ni terletak dekat Bangsar. korang waze je kopi xoxo.. senang. hihi

aku paling suka makan dorang punya pisang goreng cheese by thegorpis. ada mcm2 flavors. memg sedapp!

meh aku jamu mata korang dgn makanan yg aku try dekat kopi & xoxo.


Bubur by bettyahmad
kombinasi yg sedap. ikan bilis rangup.



pisang goreng cheese original by thegorpis
boleh nmpak kan betapa banyaknya cheese!!



thegorpis cheese + coklat flavor.  sedap yakmatt.



thegorpis cheese + white coklat



air aku try peach blended. sedap je. member aku order soursop blended. pun sedapp.

ni je makanan yg kami sempat try. Masa aku p tu, cafe ni baru sgt2 dibuka. so time tu tak banyak lagi menu dia. skrg ni dh ada mcm2 menu dh. korg pegi tengok sendiri la.. try semua. haha. btw, harga makanan berpatutan. tak mahal sgt.
kalau nasib baik, dapat la jumpa Nora Danish. hihi. masa aku pegi haritu ada jer Nora kt cafe dia dgn anak dia and nedim. 

btw, parking sini cm leceh sikit sbb tak banyak tmpat parking. tu jer yg leceh. yg lain ok jer.


Lokasi cafe:
dekat dengan Rumoda
No. 3, Jln Riong
Off Jln. Maarof
59100 Bangsar

landmark: sebelum petronas.
 (cafe ni cm tersorok sikit so pndai2 la cari, hihi)
and tak jauh sgt dri Bangsar Village.